holla ,,
haa inilah gambar warga E22 2017? semua ada perangai masing-masing, nak ta'aruf tak? tapi sebelum tu jom kita kira ade berapa budak-budak dalam dorm ni. sekarang ni upper six ali tinggal 13 orang je. asalnya ada 15 orang. tapi 2 orang dah keluar sebab dapat tawaran IPG. dia orang keluar tahun ni jugak. lepas exam sem 2. sorang IPG dekat Bangi, Selangor, sorang lagi IPG dekat Batu Rakit, Terengganu. tapi sebelum dia orang keluar, kita orang ade dapat sorang adik lower six. so masa tu genaplah 16 oarng untuk 16 buah katil dalam dorm E22 tu. tapi lepas 2 orang tu keluar tinggallah kita orang 14 orang dalam dorm tu. 13 orang upper six dengan sorang lower six. nasib baik lower six ni dia senang masuk dengan orang. baru 2 hari masuk dorm da boleh hafal semua nama upper six dalam dorm tu. hebat betul. aku pon dulu dekat akhir tahun still nak tetukar je nama time panggil akak upper six. haish teruk betul perangai.
okay,, jom ta'aruf,, kita mula dengan yang paling dengan yang paling dekat dengan pintu dorm lah ye.. hehehe. senang sikit nak ingat ikut susunan katil. yang pertama ialah
Nur Farhah Fatini Binti Azmi & Nisa Afifah Binti Ismail
haa,, itu paah dengan mak. dia orang nilah kaunselor aku yang selalu dengar masalah aku. selalu bagi nasihat dekat aku. setiap malam sebelum tidur mesti ada je benda yang kita orang akan sembangkan. tak kesahlah pasal apa pun. itu macam rutin wajib aku. ye lah dekat asrama je aku boleh nak share story denga kawan. balik rumah adik aku sibuk dengan movie korea dia. malas aku nak cerita dengan dia. lagipun dia bukannya faham apa yang aku nak sembangkan pun. mak ni daripada tahun lepas lagi setiap malam akan dengar cerita aku. sebab kita orang jiran katil. tahun ni aku ada jiran baru iaitu paah. baru tahun ni aku banyak share story dengan paah. paah ni sebenarnya jenis yang tidur awal. tapi kalau aku ade cerita nak share dengan dia, aku tak bagi dia tidur awal. sabar je lah dia layan aku ni.
okay,, next will be ...
haa, ni Qurratu Ain Nabilah Binti Rosli & aku
act, kita orang dah kawan lama dah. sebenarnya since form 1 lagi tapi kita orang mula rapat time form 3. lepas tu form 4 dia pindah SMAP Bentong. tinggallah aku yang teruskan belajar dekat SMK Seksyen 18 tu. dia ni budak pandai. no wonderlah dia masuk SBP. dia kalau belajar memang serius. dia guru muda ekonomi dekat kelas 6A3. dia ni pun antara kaunselor aku. dia selalu bagi semangat dekat aku time aku down. kalau nak minta nasihat minta lah dekat dia. hehehe.. masa sem 1 dulu aku pernah mengadu dekat dia aku rasa susah nak hafal apa yang aku belajar. aku rasa macam ada benda yang meghalang aku. then dia cakap dekat aku "mungkin DIA sengaja nak uji kau supaya kau dekat dengan DIA,, mungkin DIA rindu kau" lebih kurang macam tu lah ayat dia. mula-mula aku tak faham siapa 'DIA', lepas tu bila aku fikir-fikir balik baru aku faham maksud dia. so. setiap kali kau down ke aku stress ke aku akan ingat ayat dia ni.
next,,
Anis Syamimi Binti Anizan & Aliah Binti Mohamad Ayob
dia orang berdua nilah orang kuat dorm. mimi as ketua dorm and ali pula seorang yang sangat pengemas. pantang nampak dorm bersepah. mimi ni lembut orangnya. sopan je. nak marah pun susah. kita orang jiran katil.. mimi selalu perasan malam-malam aku tidur tersengguk sambil baca buku. kadand-kadang tu buku yang baca aku dulu sebelum aku sempat nak baca dia. hehehe... aliah !!! kita orang panggil dia ali sebab paah. paah bawak pengaruh. ali ni orang Penang. kalau nak jalan Penang boleh lah minta aliah jadi tourist guide. ali ni kalau study memang struggle. aku suka tengok dia buat nota sejarah. siap ada lukisan-lukisan lagi. comel nota dia. dia ni sangat anak sulung dan satu-satunya anak perempuan dalam adik beradik dia. mimi pun anak sulung juga tapi mimi ada adik perempuan. itu lah beza mimi dengan ali.
next,,
Syazani Irsalina Binti Solihin & Nur Asyikin Binti Idilfitri
ni pula, salina dengan ikin. dia orang berdua ni pantang nampak camera. mesti nak masuk dalam gambar. hahaha.. salina ni adalah menu bergerak time prep malam. setiap malam dia akan bagi tahu menu untuk supper malam tu sampailah supper malam esok. setiap hari dia akan buat. ikin pula jenis yang rajin. dia ni pandai dalam semua benda yang berkaitan dengan perempuan. masak, jahit bagilah dekat dia semua dia boleh buat. bagus betul. bilalah aku nak pandai masak macam dia. hurmm... satu persamaan antara dia orang ialah, dia orang adalah orang yang paling awal turun dewan makan untuk makan malam terutamanya hari sekolah. setiap kali aku turun mesti dia orang dah ada dekat meja makan. kadang-kadang menghafal, kadang-kadang baca surat khabar.
next,,
Sumaiyah Binti Tobroni & Siti Khairunisa' Binti Khairul Hadee
mayahhhh and keon. haa,pelikkan kenapa keon. ntahlah aku pun tak tahu sebenarnya. tapi dah memang macam tu kita ikut kan je lah. mayah ni kawan dengan salina sejak sekolah rendah lagi. dia orang ni lagi dasyat daripada aku dengan Qurat. mayah senang nak masuk dengan orang. semua dia layan sama je. kawan ke junior ke. keon pun sama. dia orang berdua ni sama kelas dengan salina sekali. keon paling semangat bincang untuk buat jamuan dorm haritu. Alhamdulillah jamuan tu berjalan lancar walaupun agak lambat start. sebab ada program badar dekat musolla. keon ni lah penolong mimi dalam dorm. walaupun kadang-kadang susah nak nampak dia dalam dorm. keon suka study dekat bilik pantri.
okay ni last,,
Nurul Syahirah Binti Ahmad Fauzi , Nur Izzati Binti Zulkapli & Husna Aqilah Binti Alias
ini lah calon-calon ustazah pilihan. dia orang bertiga ni stam kids.2 orang dari Terengganu. una dengan sya. izzy pula orang selangor. dia tinggal dekat Bangi sama dengan mak dengan mimi. stam kids ni special sebab dia orang ada 6 orang je muslimat. 3 orang budak ali, lagi 3 orang budak omar. tapi tak nak letak gambar sebab rumah lain. 😝😝😝 dia orang masing-masing ada karakter yang tersendiri. una jenis yang tegas. tapi dia manja. una suka lukis gambar gajah. comel gajah una. izzy pula dia ni jenis yang matang. and dia suka datang tidur dekat katil Qurat atau mak. kalau sya pula, dia ni jenis yang penyayang. dia suka cerita pasal family dia dekat orang. lagi-lagi pasal adik kecik dia yang baby tu. dia dengan una pun satu sekolah juga.
haa,, setakat ni je lah yang aku mampu nak cerita pasal ahli dorm E22 2017. tapi kan sebelum aku nak tutup entry kali ni, aku nak kenalkan
ni lah muka-muka stayer dorm E22 dari tahun 2016-2017. sayang dia orang sangat-sangat. mengenali mereka adalah sesuatu yang berharga sebab masing-masing ada karakter yang tersendiri dan saling memahami antara satu sama lain. hopefully ukhuwah yang terbina antara kita akan terus terjalin walaupun jarak memisahkan antara kita. yang penting adalah doa tanda ingatan terhadap sahabat-sahabat. tak pernah aku rasa seronok dalam bersahabat macam mana aku bersahabat dengan mereka semua. sememangnya ukhuwah itu sangat manis apabila masing-masing memainkan peranan masing-masing sebagai sahabat dan saling memahami antara satu sama lain.
bye!
8030.20171204
Ulasan
Catat Ulasan