Langkau ke kandungan utama

Tahniah Miftahul Asywaq (MA2.0)


Okay jom kita mulakan cerita pasal Miftahul Asywaq (MA) ni. sebenarnya Miftahul Asywaq ni adalah nama batch untuke generasi ke-60 yang belajar dekat Kolej Islam ni. kita orang adalah generasi ke-2 MA dekat Kolej Islam ni. generasi pertama MA ialah budak-budak yang amik SPM tahun 2015. mula-mula dulu aku tak faham pun apa maksud di sebalik nama Miftahul Asywaq ni, yang aku tahu dia nama untuk batch aku. sampailah satu hari aku tanya kawan aku apa maksud Miftahul Asywaq ni sebenarnya, barulah aku tahu maksud dia adalah 'Kunci Kerinduan'. intro untuk kenal siapa MA dah habis...

6 Mac 2018 , tarikh yang paling bermakna untuk semua warga KISAS terutamanya warga MA2.0 dan para murabbi tingkatan enam. Alhamdulillah kali ini kita semua berjaya buktikan kepada semua warga KISAS yang kita mampu lakukan yang terbaik. Alhamdulillah , 98% warga MA berjaya dapat PNG 3.00 dan ke atas.  Tahniah buat semua warga MA2.0 kerana kita berjaya untuk kembalikan KISAS sebagai sekolah terbaik STPM bagi negeri Selangor dan kebangsaan.

seramai 46 orang daripada 81 orang students yang ambil STPM berjaya dapat 3.50 dan ke atas. and 4 daripada 46 orang tu dapat 4.00. satu pencapaian yang sangat membanggakan. dan aku lagi bangga bila 15 orang daripada 46 orang yang dapat 3.50 dan ke atas tu adalah daripada kelas aku sendiri. aku tak tahu macam mana nak cakap yang aku happy sangat and sampai sekarang aku still tak percaya dengan pencapaian yang kita orang dapat ni. semua ni macam satu mimpi.

aku rasa ini adalah hadiah yang paling manis yang mampu kami warga MA2.0 mampu tinggalkan untuk para murabbi tingkatan enam KISAS. walaupun kita orang tak dapat nak capai targer sekolah (3.50) tapi kita orang tetap mampu untuk bagi semua cikgu dan pentadbir bangga dengan pencapaian  kita orang (3.46). satu pencapaian yang membanggakan. pengetua sendiri pun bangga dengan kejayaan ni. walaupun selalu dekat perhimpunan harian pengetua asyik sebut pasal SPM je tapi kita orang dah berjaya buktikan STPM pun mampu untuk menaikkan nama Kolej Islam.




tahniah sekali lagi MA2.0 sebab kita dah berjaya untuk naikkan balik nama baik MA. dan antara orang yang paling happy bila MA2.0 berjaya hari ni adalah para stayer sebab dia orang yang ada dekat Kolej Islam dari tahun 2014 sampailah tahun 2017. dia orang yang tahu jatuh bangunnya batch ni selama 4 tahun. alhamdulillah kesemua stayer perform masa exam STAM dengan STPM 2017. stayer ni pulak geng kelas 507 time dia orang SPM dulu, lagilah rasa seronok.

terima kasih MA2.0 sebab korang dah bagi aku satu pengalaman yang sangat bernilai yang aku tak mampu yang dapatkan pengalaman dan kenangan tu dekat tempat lain. walaupun perkenalan kita sangat singkat, ye lah 1 tahun 1/2 je je kita kenal tapi ukhuwah antara kita sangat kuat. susah senang, jatuh bangun, lapar kenyang, happy sedih, tidur bangun, baik buruk semua tu kita lalui sama-sama. aku tak pernah menyesal kenal dengan korang semua sebab korang adalah kawan dan sahabat yang tak mungkin aku tak dapat nak cari dekat tempat lain. terima kasih untuk semua kenangan. aku sayang korang.






terima kasih bumi waqafan untuk segala-galanya! sekarang masanya untuk aku terbang keluar daripada seekor pipit menjadi seekor helang. aku tak mungkin boleh lupakan semua kenangan aku di bumi waqafan ni. tempat yang banyak mengajar aku untuk menjadi manusia. tempat yang yang mengajar aku erti memberi dan menerima, sabar, ukhuwah dan banyak lagi.

gagal dan berjaya itu adalah ujian daripadaNya yang nak tengok sama ada kita bersyukur ataupun tidak. ada sebahagian daripada kita yang ALLAH tangguhkan dulu kejayaannya kerana DIA sayangkan kita, mungkin kita akan lalai jika diberi kejayaan itu sekarang. dan mungkin juga kejayaan yang akan datang itu lebih baik dan manis buat kita semua.

"saya percaya sesuatu kejayaan bukan hanya atas usaha dan doa kita sendiri tetapi doa orang-orang yang mahu melihat kita berjaya" -nurul syazwani binti ismail-


bye!
5000.20180310

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E22 (upper six ali-ans)

holla ,, haa inilah gambar warga E22 2017? semua ada perangai masing-masing, nak ta'aruf tak? tapi sebelum tu jom kita kira ade berapa budak-budak dalam dorm ni. sekarang ni upper six ali tinggal 13 orang je. asalnya ada 15 orang. tapi 2 orang dah keluar sebab dapat tawaran IPG. dia orang keluar tahun ni jugak. lepas exam sem 2. sorang IPG dekat Bangi, Selangor, sorang lagi IPG dekat Batu Rakit, Terengganu. tapi sebelum dia orang keluar, kita orang ade dapat sorang adik lower six. so masa tu genaplah 16 oarng untuk 16 buah katil dalam dorm E22 tu. tapi lepas 2 orang tu keluar tinggallah kita orang 14 orang dalam dorm tu. 13 orang upper six dengan sorang lower six. nasib baik lower six ni dia senang masuk dengan orang. baru 2 hari masuk dorm da boleh hafal semua nama upper six dalam dorm tu. hebat betul. aku pon dulu dekat akhir tahun still nak tetukar je nama time panggil akak upper six. haish teruk betul perangai. okay,, jom ta'aruf,, kita mula dengan yang palin...

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM 16/17 (SULTAN ALAM SHAH ISLAMIC COLLAGE)

hai semua ! fuhh.. fuhh.. fuhh.. da berkurun aku tak tengok blog ni kan? sampai dah tebal habuk. boleh buat bedak tepekkan dekat muka tu. hehehe... okay last update hari tu 2015 and sekarang dah masuk 2017. dah hujung tahun dah pun. oktober 2017. teruknya perangai anak dara sorang ni. dekat 2 tahun tak tengok bog. apelah yang dia busykan sangat tu.. ouh,, lupa dia kan student STPM 2017. so ni sekarang ni semester last dia lah tu. tu yang busy sangat tu. tapi, busy-busy pun sempat pulak dia lagi dua minggu nak final exam dia nak update blog dia. haish lah budak sorang ni. okay lah aku pun tak nak cerita panjang. jom kita berkenalan dengan budak-budak FAKULTI PENGAJIAN ISLAM 2016/2017 SASIC. nak kenal semua ke nak kenal separuh je? mestilah nak kenal semua kan. kata sayang kawan 6A2. ouh, lupa nak bagi tau korang. 6A2 tu nama lain untuk  FAKULTI PENGAJIAN ISLAM. okay sebelum tu baik kita kenal nama fakulti dengan nama kelas dulu kan? sebab kita orang tak panggil fakulti pu...