Langkau ke kandungan utama

surprise for birthday girl

assalamualaikum..
wah, tak sangka dah 14 tahun aku hidup dekat dunia ni. terima kasih ya Allah bagi kesempatan untuk aku terus hidup di atas bumi-Mu ini.*tetibaislamikpulakakuni* nak tau apa jadi dekat aku time birthday aku hari tu? aku tak sangka pulak kawan-kawan dengan ahli dorm ahli dorm aku ni agak kejam! haha jahatnya aku kata diorang kejam. tapi itu memang fakta ye, tolong lha terima. tau tak diorang ni banyak buat surprise untuk aku. aku tak tau mana datang idea jahat diorang. first, malam tu aku di'mandi'kan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. sabar je aku time tu. dah lha time aku baru habis basuh baju. baju tido aku yang semalamnya punya pun aku dah basuh, malam tu aku pakai baju tido baru. tapi tak pasal-pasal aku kena 'mandi' dengan baju-baju tu sekali. kalau setakat di'mandi'kan dengan air paip biasa takpe lagi, ni air nila. ye, nila baju sekolah tu! time tu aku tak tau nak cakap ape dekat diorang. sebelum aku di'mandi'kan tu, kak nurin syahmina ade minta tolong aku amikkan  nila dia dekat atas para, then, masukkan dalam baldi dia. so aku dengan blurnya, pergi lha cari 'nila' yang kak nurin maksudkan. masa kak nurin cakap dekat aku tu, aku dah dapat agak sebab muka kak nurin nampak sangat dia tengah tipu aku. haish, kak nurin bersubahat dengan diorang untuk mengenakan aku! time aku tengah cari 'nila' kak nurin tu lha aku kena 'mandi' dengan air nila tu! malam tu terpaksa lha aku pinjam baju a'ina dengan seluar ina. seriously aku rasa macam badut masa pakai baju dengan seluar tu! malam tu juga lha baju sekolah aku satu set dengan jam loceng aku hilang. aku dapat agak mesti ada apa-apa lagi yang diorang nak buat tapi aku tak tau, sampai lha sebelum tido tetibe diorang tanya banyak soalan. ada yang tanya mana jam loceng aku. betol ke aku dah gosok baju sekolah, lepas bangu tido biasanya aku buat apa??? aku pelik dengan soalan diorang, lepas tu baru aku perasan baju sekolah aku hilang. aku fikir diorang sorok dekat loker besi, so aku cari lha dekat loker besi tapi tak de, dekat loker diorang pon tak de! aku fikir diorang akan letak balik baju sekolah aku tu pagi esoknya tapi tetap tak de. lepas solat subuh, aku tanya babat, dia terlibat tak dengan 'hilang'nya baju sekolah aku tapi dia kata tak tau. lepas tu, babat kata "kesiannya achik, bukan ke achik dah gosok baju tu semalam?" mula-mula aku pun rasa pelik juga macam mana babat tau aku gosok baju tu semalam, sedangkan masa tu aku sorang je dalam bilik gosok. tapi di sebabkan aku tengah panik so, aku tak amik kisah sangat ape yang babat cakap. masuk je dorm aku tanya dekat ina dengan a'ina mana baju sekolah aku? diorang kata diorang tak tau. aku dah tention sangat time tu so, aku pon menangis lha.*macambudakbudakkanakuni,tapitakpebudaklhacomel* time aku tengah menangis tu aku dengar balqis bagitau dekat kak nadiah(ketua dorm thuwaibah aum aum) yang baju sekolah aku hilang. then kak nadiah pon tnya lha bila baju tu hilang? balqis jawab malam tadi. aku ingat ayat kak nadiah ni "dah tau baju tu hilang malam tadi, cari lha malam tadi. pagi-pagi dah menyusahkan orang. dah lha tu achik pergi cari baju tu" lepas je kak nadiah habis cakap aku terus amik tudung nak keluar dorm untuk cari baju aku tu. seriously aku takut dengar kak nadiah cakap. suara dia biasa-biasa je aku rasa, tapi ayat dia......... sampai je depan pintu dorm, ina dengan balqis dah ade dekat situ. aku pandang ina, lepas tu ina kata dekat balqis "wei, kenapa dia pandang aku macam ni?" aku pun tak tau aku pandang dia macam mana sebenarnya. lepas je masuk dorm, aku nampak balqis pegang something dan dia sorokkan dekat belakang dia.*almaklumlhatinggikan* aku cakap dekat balqis "tak lawak" lepas tu aku terus terduduk dan nangis lagi. lepas aku nangis tu aku dengar diorang nyanyi lagu happy birthday untuk aku. time tu ina datang dan terus peluk aku. dia dekat sebelah kanan aku, kak nadiah pulak dekat sebelah kiri aku. lepas habis nyanyi je, ina suruh aku bangun pakai baju nak pergi sekolah. lepas tu, tetibe je kak nurul tanya aku "kenal tak ni jam siapa?" huh, penat aku nangis pagi tu. lepas dah dapat baju dengan jam tu aku terus siap-siap nak pegi roll call. masa aku tengah tukar baju sekolah, tetibe je kak nadiah datang dia kata "sory tau, tadi kita tak marah pon, kite belakon je" punya penat aku cari baju sekolah aku derkat dorm aku rupanya dekat dorm sebelah. dorm rabiatul adawiyah(ruby). diorang sorok dalam loker kak rafidah. masuk je bilik prep kak rafidah tanya aku "okey?" aku pon jawab lha "okey"... time nak pakai kasut sekolah pulak, aku tengok kasut sekolah aku hilang. lagi sekali aku menangis.*penat jugakkanmenangisni?* time dekat roll call kak izzah jadi mc. kak nadiah datang dekat kak izzah then bagitau haritu birthday aku. terharu dengar orang nyanyikan lagu 'Allah selamatkan kamu'... thanks semua!!! masa dekat sekolah pulak, masuk je kelas, aku tengok dah penoh dengan cotengan happy birthday! hoho, lagi sekali aku terharu.. terima kasih, syukran, thak you semua!!! seriously ni kenangan birthday yang aku takkan lupa sampai bila-bila.

gambar orang-orang yang mengenakkan dan bersubahat untuk mengenakan aku,,

1.  ketua dorm aku, kak nadiah

 
2.  kak nurul

 


3.  kak rafidah



4.  kak nurin syahmina



5.  ina



6.  a'ina



7.  babat



8.  nuhha

 

9.  balqis

*dia yang pakai tudung hitam, belakang*

10.  mimi

*satu-satunya kawan yang bagi hadiah pada tarikh 2 ogos*

act, aku masih mengharapkan seseorang wishes birthday aku, tapi sampai sekarang dia tak wishes pon. takpe lha dia busy nak exam kan...

dah habis dah......wasalam.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tahniah Miftahul Asywaq (MA2.0)

Okay jom kita mulakan cerita pasal Miftahul Asywaq (MA) ni. sebenarnya Miftahul Asywaq ni adalah nama batch untuke generasi ke-60 yang belajar dekat Kolej Islam ni. kita orang adalah generasi ke-2 MA dekat Kolej Islam ni. generasi pertama MA ialah budak-budak yang amik SPM tahun 2015. mula-mula dulu aku tak faham pun apa maksud di sebalik nama Miftahul Asywaq ni, yang aku tahu dia nama untuk batch aku. sampailah satu hari aku tanya kawan aku apa maksud Miftahul Asywaq ni sebenarnya, barulah aku tahu maksud dia adalah 'Kunci Kerinduan'. intro untuk kenal siapa MA dah habis... 6 Mac 2018 , tarikh yang paling bermakna untuk semua warga KISAS terutamanya warga MA2.0 dan para murabbi tingkatan enam. Alhamdulillah kali ini kita semua berjaya buktikan kepada semua warga KISAS yang kita mampu lakukan yang terbaik. Alhamdulillah , 98% warga MA berjaya dapat PNG 3.00 dan ke atas.  Tahniah buat semua warga MA2.0 kerana kita berjaya untuk kembalikan KISAS sebagai sekolah terbaik STP...

E22 (upper six ali-ans)

holla ,, haa inilah gambar warga E22 2017? semua ada perangai masing-masing, nak ta'aruf tak? tapi sebelum tu jom kita kira ade berapa budak-budak dalam dorm ni. sekarang ni upper six ali tinggal 13 orang je. asalnya ada 15 orang. tapi 2 orang dah keluar sebab dapat tawaran IPG. dia orang keluar tahun ni jugak. lepas exam sem 2. sorang IPG dekat Bangi, Selangor, sorang lagi IPG dekat Batu Rakit, Terengganu. tapi sebelum dia orang keluar, kita orang ade dapat sorang adik lower six. so masa tu genaplah 16 oarng untuk 16 buah katil dalam dorm E22 tu. tapi lepas 2 orang tu keluar tinggallah kita orang 14 orang dalam dorm tu. 13 orang upper six dengan sorang lower six. nasib baik lower six ni dia senang masuk dengan orang. baru 2 hari masuk dorm da boleh hafal semua nama upper six dalam dorm tu. hebat betul. aku pon dulu dekat akhir tahun still nak tetukar je nama time panggil akak upper six. haish teruk betul perangai. okay,, jom ta'aruf,, kita mula dengan yang palin...

Happy Birthday 🎉🎉🎉

Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan NOR NABILAH AFIQAH BINTI MOHAMAD ZABIDI, Allah selamatkan kamu. Happy birthday to you, Happy birthday to you, Happy birthday to NOR NABILAH AFIQAH BINTI MOHAMAD ZABIDI, Happy birthday to you. nabbbbbbbb, happy birthday to you ! hahaha , tak sangka kau dah 20 tahun. tapi perangai still lagi macam budak-budak. suka lari-lari, suka nangis. hahaha. kau sekarang ni dah jadi ustajah, perangai dah tak boleh macam dulu lagi tau. nab, terima kasih sebab kau selalu jadi 'bodyguard' aku dari lower six lagi sampailah upper six. terima kasih banyak-banyak sebab kau selalu 'jaga' aku. selalu sabar dengan aku yang suka angin tak tentu pasal. hahaha. aku doakan kau dapat capai cita-cita kau. ingat aku selalu ada dekat belakang kau untuk sokong kau. aku tau kau boleh buat dan kau seorang yang kuat. aku rasa belum lambat lagikan untuk aku ucapkan tahniah atas kejayaan kau hari tu. tahniah wei...