.....blog.....
1136, 21032016
Alhamdulillah harini Allah masih memberi peluang untuk aku menjalani kehidupan seperti hari-hari yang lain. aku bersyukur sangat-sangat atas segala nikmat yang DIA berikan. aku harap rasa syukur akan kekal sampai bila-bila. amin....
okay lah disebabkan aku lansung tak update blog ni sepanjang tahun lepas (2015), so aku nak cerita pengalaman and sikit kenangan aku sepanjang tahun lepas ye.... okay, first tahun lepas adalah antara tahun yang aku boleh cakap tahun 'besar' aku. besar?? tak faham.. hmm, maksud aku bukan tahun aku membesar sebab setiap tahun aku membesar,, maksud aku, tahun lepas adalah tahun yang agak mencabar untuk aku.. ye lah almaklum peperangan besar as a student kan.. aku kan form 5 tahun lepas, so aku busy lah sikit nak study spm... kata kooo,, tapi resultnya.. biarlah aku and family je yang tau...
january ...
aku macam biasalah dekat sekolah murid biasa je, tapi dekat asrama aku lah ketua blok yang berwibawa.. hahaha, konon.. biasanya bulan january ni takde banyak hal sangat.. just busy dengan aktiviti sekolah je.. nak pilih pesatuan koko lah, mesyuarat rumah sukan lah and dll. kalau dekat asrama pulak,, first week ajk asrama ada buat aktiviti orentasi untuk budak-budak form 1. kiteorang buat aktiviti orentasi waktu malam,, so ajk ni terpaksalah korbankan waktu prep kiteorang untuk budak-budak form 1. takpelah dah tu memang tanggungjawab kiteorang pon kan. dekat dorm pulak kene cari ajk dorm and aku telah dilantik sebagai bendahari dorm. money, money, money......
february ...
bulan feb ni dah mula busy dengan koko hari sabtu, aktiviti gotong-royong sekolah and masalah yang timbul dekat asrama. and ajk pon mulalah bersidang untuk bincangkan masalah asrama. aku pulak busy dengan projek inovasi falak dengan geng aku under ustazah sa'adiah and cikgu roslan. aku suka kerja dengan group ni.. diorang sangat sempoi. and sanggup kene bebel and marah sama-sama. ni lah baru namanya geng. aku sayang diorang. muahhh...
march ...
projek aku and the geng dapat pergi peringkat seterusnya. happy sangat kiteorang time tu. and kiteorang pon pergi lah bertanding untuk peringkat negeri. time tu kiteorng dapat no.2. takpelah, walaupun dapat no.2, kiteorang dah cukup bersyukur. berbaloi lah jugak usaha kiteorang time tu dengan tidur yang tak menentu and asyik kene marah je.
april ...
habis projek aku pergi join budak-budak kawad pulak. aku tak kawad pon. latihan pon aku tak pernah pergi. cuma pagi sebelum diorang gerak nak pergi bertanding tu aku ada jumpa diorang. saja nak datang tengok diorang and nak bagi semangat dekat kawan-kawan aku. and tiba-tiba diorang ajak aku ikut diorang. aku jadi 'reserve', konon... padahal aku lah tolong tacap diorang. takpe lah aku tak kisah sebab aku memang tak pernah datang latihan pon. tapi aku tetap sayang skuad kadet polis 18.
may ...
bulan may ni minggu exam. fuh, berpeluh aku jawab exam. tapi macam biasalah resultnya tak perlu ditanya, yang paling spoil tu semua sedia maklumlah kan.. tak nak lah cerita pasal exam. yang lepas biarlah. tak perlu dikenang lagi. kalau dekat asrama pulak lagilah tak payah tanya. macam-macam masalah ada. haish, penat sebenarnya kalau nak layan semua masalah tu. tapi dah nama pon ajk, nak tak nak kene hadap je lah.
jun ...
cutiiiiii. itu lah yang seronoknya. tapi yang serabutnya kene kosongkan asrama sebab ada ornag nak tumpang asrama.. huh, malas. dah lah first week cuti ada perkampungan ilmu. tapi takpe lah, semua tu untuk masa depan jugak kan. semua form 5 duduk asrama. best sebab semua yang ada dekat asrama tu sama batch.
july ...
alhamdulillah,, bulan ramadhan muncul lagi. seronok sebab dapat terawih berjemaah dengan semua penghuni asrama. moment paling tak boleh lupa waktu moreh (supper act). kalau bulan lain lengang je dewan makan tu kecuali kalau makan mee hailam atau roti canai. tapi masa bulan ramadhan ni setiap hari penuh. jammed teruk nak masuk and keluar dewan makan tu. sebab masa bulan puasa makanan waktu supper tu semuanya sedap-sedap. ada laksa, mee kari and dll. kalau time sahur pulak macam-macam muka aku dapat tengok. ada yang dah mandi, ada yang mamai lagi and ada yang pakai kain pelikat. hahaha, budak-budak asrama macam-macam gelagat.
august ...
happy birthday to ... happy birthday to ... happy birthday to .......... happy birthday to ...
haa, birthday siapa pulak ni? haii, birthday ai lah.. ai was born on 2nd of august 1998. ingat tau. nanti ai nak tuntut hadiah. tahun lepas ai tak dapat suprise prank from my friend sebab tahun lepas ai punya birthday hari ahad minggu balik. but anyway i tak kisah pon tak dapat suprise prank sebab ai dapat hadiah daripada best friend ai. wohooo. ada yang bagi selimut, ada yang bagi fail, ada yang bagi star and ada juga yang bagi ai selipar comel.. i love semua hadiah tu. ai sayang sangat-sangat dekat diorang. ai rsaa dah tenang sikit, sebab ai dah lepaskan tanggungjawab ai dekat orang yang ai percaya boleh galas tanggngjawab ni dengan baik.
september ...
dupdap dupdap dupdap. spm semakin menghampiri. trial pon mula menjengahkan diri. semua subjek dah habis belajar tapi tak tau lah diri sendiri dah habis khatam semua rumus matematik, matematik tambahan, fizik and kimia ke belum. mulalah gelabah nak cover daripada form 4 punya. macamlah sempat sangat. seriously time trial tu baru aku rasa macam cepatnya masa berlalu. tak lama lagi dah nak tinggalkan dunia persekolahan. tiba-tiba rasa sebak. rindu mulalah gedik-gedik nak bertandang. rasa banyak lagi yang aku belum teroka dalam alam persekolahan. tapi apa-apa pon spm sedang menanti di hadapan.
october ...
misi pecutan bermula. semua sibuk jumpa balik cikgu-cikgu sebab nak confirmkan apa yang keliru and mulalah rujuk kawan-kawan yang lebih arif. mula tercari-cari soalan-soalan yang ditarget daripada pelbagai sumber. ada yang jumpa junior nak pinjam buku form 4 lah macam-macam aku jumpa. ada yang tiba-tiba tak sihat lah. itulah ujian kan. walau kita sedia macam mana pon kalau Allah nak uji, DIA tetap akan uji kita. and kiteorang dah start susun meja kerusi untuk spm. and last day sebelum spm kiteorang ada program restu ilmu. time tu mulalah adegan minta maaf dengan kawan-kawan and cikgu-cikgu. sanggup pusing satu sekolah untuk minta maaf. betapa banyaknya salah yang aku dah buat. dah habis dekat sekolah, sambung pulak dekat asrama.
november ...
2 november 2016 . tarikh keramat untuk semua calon spm 2015. maka bermulah episod pertama spm 2015. aku cuba tenangkan diri time spm. setiap hari aku melangkah masuk dewan dengan setenang yang mungkin. time dah hujung-hujung spm adalah kenangan yang paling mahal. aku cipta banyak kenangan dengan kawan-kawan aku sebab aku tak tau bila lagi dapat jumpa dengan diorang ni semua lagi. aku ingat lagi hari exam bahasa arab paper2. pagi tu aku tak ada paper, cuma budak-budak akaun je ada paper pagi, yang lain paper arab petang. pagi tu aku dengan kawan-kawan yang dah penat mencari isi untuk karangan arab kononnya nak release tention, kiteorang layan cerita polis evo dulu. duduklah dalam 7 orang dalam surau aspuri tengok polis evo dekat handphone kawan aku. itu paling tak boleh blah. hahaha.
december ...
aku still dekat asrama. tapi sampai 3 dec je sebab tunggu kawan-kawan LK habis exam. aku punya paper dah habis time 30 november lagi, pukul 4:30 petang. habis paper biology terus merdeka.... kebetulan time tengah-tengah exam tu hujan turun dengan selebat-lebatnya. alhamdulillah kiteorang dalam dewan. so takdelah kene tempias. ingatkan lepas habis paper hujan pon dah berhenti rupanya still hujan lagi. dahlah dengan kilat and guruh yang kuat. takut jugalah nak lari balik asrama tapi kalau tak redah tak tau lah bila hujan nak berhenti. redah je lah banjir yang sampai atas buku lali.terus lari masuk blok sekolah untuk cross balik asrama. nasiblah dah tak ada exam. kasut sekolah dengan kain sekolah habis lencun. masuk dewan makan masa minum petang dengan basah-basah.
haa,, itu lah antara pengalaman and kenangan aku time form 5. actually banyak lagi tapi jari ni dah penat nak menaip. sorry lah tak ada gambar. bukannya tak ada, tapi, gambar semua dekat lappy lagi satu, lappy ni tak ada gambar aku. aku rasa rindu sanagt nak balik sekolah. pengalaman as student sekolah dengan student universiti mesti lain kan. ye lah masa sekolah pakai uniform, nanti dekat universiti dah pakai pakaian bebas. dah tak ada uniform. masa sekolah ada cikgu yang tegur kalau buat salah, nanti dekat universiti? kene pandai-pandai bawa diri. harap-harap entry kali ni dapat memberi manfaat. kalau ada masa aku buat entry yang lain pula ye...
okay lah, bye...
wasalam...
1417, 21032016
Ulasan
Catat Ulasan