Langkau ke kandungan utama

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM 16/17 (SULTAN ALAM SHAH ISLAMIC COLLAGE)

hai semua !

fuhh.. fuhh.. fuhh.. da berkurun aku tak tengok blog ni kan? sampai dah tebal habuk. boleh buat bedak tepekkan dekat muka tu. hehehe... okay last update hari tu 2015 and sekarang dah masuk 2017. dah hujung tahun dah pun. oktober 2017. teruknya perangai anak dara sorang ni. dekat 2 tahun tak tengok bog. apelah yang dia busykan sangat tu.. ouh,, lupa dia kan student STPM 2017. so ni sekarang ni semester last dia lah tu. tu yang busy sangat tu. tapi, busy-busy pun sempat pulak dia lagi dua minggu nak final exam dia nak update blog dia. haish lah budak sorang ni.

okay lah aku pun tak nak cerita panjang. jom kita berkenalan dengan budak-budak FAKULTI PENGAJIAN ISLAM 2016/2017 SASIC. nak kenal semua ke nak kenal separuh je? mestilah nak kenal semua kan. kata sayang kawan 6A2. ouh, lupa nak bagi tau korang. 6A2 tu nama lain untuk  FAKULTI PENGAJIAN ISLAM. okay sebelum tu baik kita kenal nama fakulti dengan nama kelas dulu kan? sebab kita orang tak panggil fakulti pun dekat sekolah. kita orang guna kelas je kalau nak belajar. cuma fakulti nak nampak gah je. kata pra-U. hehehe. haa hafal senarai kelas ni tau :
1. 6A1 - FAKULTI AL-AZHAR
2. 6A2 - FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
3. 6A3 - FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT
4. 6A4 - FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK
5. 6A5 - FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
6. 6A6 - FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

haa, tu lah senarai kelas dengan nama fakulti sekali. okay sekarang disebabkan aku ni salah seorang ahli kelas 6A2, so aku hanya akan cerita pasal kelas 6A2 je lah ye. jom kita berta'aruf dengan pelajar-pelajar FAKULTI PENGAJIAN ISLAM 16/17. 



haa,, ni lah budak-budak kelas 6A2.
belakang : zafri, zuhairi, zaidan, megat, a'fif, hassan, nabil, isma
tengah : wani, khaleedah, syazana, hidayah, farah, sumayati, nabilah afiqah, fatin
depan : nabilah mohamad, syahirah, fadhilah, madam raba'ah, emtyaz, afiq, nizam

asalnya kita orang ada 24 orang students, tapi sekarang tinggal 21 je. jangan pelik, kalau kira dalam gambar memang lah ada 22. yang sorang lagi tu pindah lepas tangkap gambar ni. sebab tulah dia ada dalam gambar ni. orang ketiga yang pindah tu ialah wani. dia dapat tawaran IPG, so dia pegi lah. tinggalkan kita orang 21 orang yang masih teruskan perjuangan STPM 2017. okay aku bagi ni satu je gamabr yang formal. rasa macam skema je bagi gambar formal. so yang lain-lain aku bagi gambar informal dengan candid ye.

1. melawat nabil masuk hospital masa lower six

2. belajar luar kelas dengan ustazah misyati

3. kelas makan-makan dengan cikgu najib

4. gambar raya sekisas depan white house

5. first picture sambut teacher balik haji

6. jemputan tahlil dekat rumah teacher


7. a night in the garden

haa,, ni lah antara gambar-gambar kenangan budak-budak kelas 6A2 16/17. walaupun dalam setiap gambar ada je yang tak cukup, tapi tak pelah yang penting sekarang kita orang semua dah berbaik-baik. bonding kuat sangat. tak pernah rasa kelas macam ni. rasa sayang nak tinggalkan kelas dengan kawan-awan yang sangat supportive macam diaorang ni. hopefully friend till jannah. hidup dengan dia orang ni sangat rasa macam hidup dengan adik-beradik sendiri. saling membantu each other. tak kiralah lelaki ke perempuan ke semua sama je. nak tolong kawan untuk sama-sama berjaya. sayang kelas 6A2 (FAKULTI PENGAJIAN ISLAM 16/17). okay sebelum aku close entry kali ni, aku ada lagi satu benda mengenai kelas ni yang aku nak share. https://www.youtube.com/watch?v=Y-ZNZ77AleI&t=87s  selamat menonton...

bye!
0300.20171017

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tahniah Miftahul Asywaq (MA2.0)

Okay jom kita mulakan cerita pasal Miftahul Asywaq (MA) ni. sebenarnya Miftahul Asywaq ni adalah nama batch untuke generasi ke-60 yang belajar dekat Kolej Islam ni. kita orang adalah generasi ke-2 MA dekat Kolej Islam ni. generasi pertama MA ialah budak-budak yang amik SPM tahun 2015. mula-mula dulu aku tak faham pun apa maksud di sebalik nama Miftahul Asywaq ni, yang aku tahu dia nama untuk batch aku. sampailah satu hari aku tanya kawan aku apa maksud Miftahul Asywaq ni sebenarnya, barulah aku tahu maksud dia adalah 'Kunci Kerinduan'. intro untuk kenal siapa MA dah habis... 6 Mac 2018 , tarikh yang paling bermakna untuk semua warga KISAS terutamanya warga MA2.0 dan para murabbi tingkatan enam. Alhamdulillah kali ini kita semua berjaya buktikan kepada semua warga KISAS yang kita mampu lakukan yang terbaik. Alhamdulillah , 98% warga MA berjaya dapat PNG 3.00 dan ke atas.  Tahniah buat semua warga MA2.0 kerana kita berjaya untuk kembalikan KISAS sebagai sekolah terbaik STP...

E22 (upper six ali-ans)

holla ,, haa inilah gambar warga E22 2017? semua ada perangai masing-masing, nak ta'aruf tak? tapi sebelum tu jom kita kira ade berapa budak-budak dalam dorm ni. sekarang ni upper six ali tinggal 13 orang je. asalnya ada 15 orang. tapi 2 orang dah keluar sebab dapat tawaran IPG. dia orang keluar tahun ni jugak. lepas exam sem 2. sorang IPG dekat Bangi, Selangor, sorang lagi IPG dekat Batu Rakit, Terengganu. tapi sebelum dia orang keluar, kita orang ade dapat sorang adik lower six. so masa tu genaplah 16 oarng untuk 16 buah katil dalam dorm E22 tu. tapi lepas 2 orang tu keluar tinggallah kita orang 14 orang dalam dorm tu. 13 orang upper six dengan sorang lower six. nasib baik lower six ni dia senang masuk dengan orang. baru 2 hari masuk dorm da boleh hafal semua nama upper six dalam dorm tu. hebat betul. aku pon dulu dekat akhir tahun still nak tetukar je nama time panggil akak upper six. haish teruk betul perangai. okay,, jom ta'aruf,, kita mula dengan yang palin...

Happy Birthday 🎉🎉🎉

Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan NOR NABILAH AFIQAH BINTI MOHAMAD ZABIDI, Allah selamatkan kamu. Happy birthday to you, Happy birthday to you, Happy birthday to NOR NABILAH AFIQAH BINTI MOHAMAD ZABIDI, Happy birthday to you. nabbbbbbbb, happy birthday to you ! hahaha , tak sangka kau dah 20 tahun. tapi perangai still lagi macam budak-budak. suka lari-lari, suka nangis. hahaha. kau sekarang ni dah jadi ustajah, perangai dah tak boleh macam dulu lagi tau. nab, terima kasih sebab kau selalu jadi 'bodyguard' aku dari lower six lagi sampailah upper six. terima kasih banyak-banyak sebab kau selalu 'jaga' aku. selalu sabar dengan aku yang suka angin tak tentu pasal. hahaha. aku doakan kau dapat capai cita-cita kau. ingat aku selalu ada dekat belakang kau untuk sokong kau. aku tau kau boleh buat dan kau seorang yang kuat. aku rasa belum lambat lagikan untuk aku ucapkan tahniah atas kejayaan kau hari tu. tahniah wei...